by admin

Menuju Matlamat Patuh Syariah

1hb Mei 2015 menyaksikan Ana Edar Sdn. Bhd. mengambil satu lagi langkah bersejarah iaitu melantik secara rasmi Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan Prof Madya Dr. Azman Mohamed Nor sebagai Penasihat Syariah bagi Pelan Pemasaran, sistem pembayaran dan kontrak Rania (Rakan Niaga Ana) serta stokis yang berurusan dengan Ana Edar Sdn. Bhd.

Dalam Fasa Pertama kerjasama ini, kedua-dua Penasihat Syariah tersebut akan meneliti pelan pemasaran yang digunakan oleh syarikat

untuk membayar bonus kepada Rania dan komisyen kepada stokis dan memberi nasihat yang relevan untuk memastikan kaedah pengiraan bonus dan komisyen itu menepati tuntutan syara’.

Kerjasama ini adalah sangat penting dan sangat menepati waktunya memandang masyarakat hari ini semakin peka dengan isu halal haram khususnya bagi mereka yang berkecimpung di dalam industri MLM. Ini kerana sebagai orang Islam, para Rania ingin memastikan bonus dan komisyen yang dibayar adalah bebas daripada unsur-unsur haram dan syubhah.

Sebelum kerjasama tersebut termeterai, pihak syarikat memberi jaminan kepada Yg Bhg Dr. Zaharuddin dan juga Dr. Azman bahawa keputusan untuk mendapatkan status patuh syariah (Syariah Compliant) bukanlah sebuah ‘gimik’ atau usaha untuk mendapatkan ‘rubber stamp’ yakni pengiktirafan secara luaran semata-mata. Malah, syarikat nekad untuk membuat apa-apa perubahan yang perlu bagi memastikan seluruh operasi syarikat bermula dengan pelan pemasaran dan pembayaran serta kontrak, benar-benar menyantuni tuntunan syara’.

Antara langkah-langkah penting yang perlu diambil setelah Penasihat Syariah memberi pengesahan terhadap pelan pemasaran syarikat ialah membuat perjumpaan dengan semua Rania bagi memberi menerangkan usaha syarikat ini, serta menjelaskan apa-apa perubahan kepada pelan pemasaran jika ada. Para Rania dan stokis juga mungkin perlu menandatangan borang keahlian dan kontrak baru dengan akad yang lebih tepat dan sah berdasarkan peranan mereka dalam Jemaah Ana Edar.

Selari dengan prinsip BARAKAH PRACTICE, bukan sahaja menggarap barakah melalui produk yang dihasilkan, tetapi juga di dalam sistem pemasaran dan pentadbiran. Kita sama-sama berharap dan berdoa serta berusaha agar langkah ini meraih kejayaan yang hakiki iaitu keredhaan Allah dan keberkatanNya. Amin.

Simbas mengenai BARAKAH PRACTICE, selari dengan kehendak Islam, bukan sahaja ibadah yang diperlu berlandaskan syariat, tetapi juga cara hidup, pakaian, makanan, juga termasuk muamalat.

Mewujudkan panel khas Syariah bagi memantau perjalanan Ana Eda Sdn Bhd merupakan salah satu sasaran pembentukan BARAKAH PRACTICE. Agenda Transformasi Ummah ini dijangkakan menjadi landasan utama dalam setiap sudut pengurusan dan pentadbiran di Ana Edar Sdn Bhd, InsyaAllah.

Yang sedikit dirasakan cukup, yang banyak terus disyukuri. Tidak hanya mengejar keuntungan dunia, tetapi juga keuntungan di akhirat. Bila hidup bersendi syariat, yang digapai adalah berkat. – Memartabatkan Ekonomi Ummah –

Artikel Seterusnya

admin
About admin
Menuju Matlamat Patuh Syariah