by admin

Cantik: Mekap Tebal Atau Kulit Sihat?

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Paling-paling malas pun seorang wanita akan cuci muka dan pakai bedak atau lipstik untuk keluar. Apatah lagi kalau wanita itu bekerjaya. Takkan nak jumpa client atau masuk pejabat dengan wajah serupa zombi, kan?

Ramai yang anggap mekap boleh menutup cela. Tapi penggunaan mekap yang berlebihan juga akan memberi kesan buruk kepada kulit. Jadi, ini soalan saya. Nak mekap tebal-tebal atau nak kulit sihat?

Pengalaman peribadi saya, yang paling utama ialah kesihatan kulit wajah. Kulit saya jenis kombinasi. Zon-T saya berminyak dan Zon U saya kering. Ditambah pula dengan pori kulit yang jelas kelihatan. Bila kulit wajah terabai, tempek mekap pun tak lawa. Nampak bercapuk sangat!

Saya sedar saya ni kurang minum air, badan saya dehidrasi dan kulit yang kering itu bertambah kering dan menggelupas.

Lalu apa saya buat buat? Selain minum air, saya nak kongsikan rahsia ini:

1. CUCI MUKA

Cuci muka dengan pencuci yang lembut dan tidak merengsakan kulit

2. TONER

Gantikan toner yang mengandungi alkohol dengan facial lotion yang lebih melembapkan

3. SERUM

Dapatkan serum dengan formula berasaskan air

4. PRODUK PELEMBAP

Gunakan produk pelembap yang mengandungi hyaluronic acid

5. FACE ICING

Guna teknik face icing menggunakan jus tomato segar.

6. PRODUK PENANGGAL

Elakkan produk penanggal mekap yang mengandungi alkohol

Memang nampak leceh, tapi kalau nak cantik kenalah rajin. Selamat mencuba!

Artikel Seterusnya

admin
About admin
Cantik: Mekap Tebal
Atau Kulit Sihat?