by admin

Ketahuilah Rahsia Tomato

Tahun lepas, heboh warga Facebook dengan tips face icing menggunakan jus tomato. Tips ini pertama kali viral setelah dikongsikan oleh Puan Mary, perunding imej yang terkenal di media sosial. Ia mendapat reaksi positif dari netizen dan ramai yang telah mencubanya.
Apakah khasiat tomato untuk kulit? Mengikut Puan Mary, teknik face icing menggunakan tomato ini berkesan untuk:

1. Menyegarkan kulit
2. Mencegah kedutan
3. Mengetatkan kulit
4. Mengecilkan saiz pori-pori
5. Menjadikan kulit lebih licin
6. Mengurangkan parut dan cela pada kulit
7. Merawat dan mencegah jerawat

Jangan buat face icing saja. Kecantikan luaran perlukan penjagaan dari dalaman juga. Amalkan makan tomato segar atau minum jus tomato kerana buah merah ini berkhasiat untuk:

1. Meningkatkan sistem imun
2. Mengurangkan stress
3. Memberikan rasa cepat kenyang
4. Menurunkan risiko hipertensi
5. Menguatkan tulang dan gigi
6. Memperbaiki sel

Jadilah cantik dan sihat dengan tomato. Pilih yang merah, pejal dan segar. Selamat mengamalkannya!

Artikel Seterusnya

admin
About admin
Ketahuilah
Rahsia Tomato