by admin

Udara Bersih,Tinggi Produktiviti

Pernahkah kita rasa lemau di pejabat, dan bila pulang ke rumah perasaan itu tak hilang juga walaupun setelah berehat? Kerja makin menimbun dan kita masih lagi berusaha untuk siapkan deadline yang lepas-lepas.

Menurut Harvard Business Review, produktiviti yang rendah itu berpunca dari kualiti udara di pejabat. Iyalah, kebanyakan pejabat tertutup dan bergantung kepada pendingin udara saja. Kajian dilakukan di sebuah syarikat call center di China.

Keputusan kajian menunjukkan produktiviti pekerja syarikat tersebut menurun sebanyak 0.35% apabila udara tercemar sebanyak 10 unit (diukur menggunakan Air Quality Index), berbanding dengan pekerja yang bekerja dalam kawasan udara bersih.

Macam mana nak dapatkan udara segar kalau bekerja di pejabat di tengah bandar?
Takkan nak beli tong oksigen pula? Tak perlu, anda boleh saja letakkan beberapa jenis pohon ini dalam pejabat:

PEACE LILY

SPIDER PLANT

ALOE VERA

SIRIH GADING

LIDAH MERTUA

Semoga produktiviti kita meningkat dan kualiti kerja semakin bagus!

Artikel Seterusnya

admin
About admin
Udara Bersih,
Tinggi Produktiviti