by Qaseh2u Azalee

“Kita lahir ke dunia dengan kondisi sistem imun badan yang tidak bersedia menghadapi serangan.” – Dr. Shubin, Associate Professor Paedratik, University of Marryland, Baltimore

 

#1     LEBIHKAN BUAH DAN SAYURAN

Kajian menunjukkan diet pemakanan harian anak-anak yang kaya dengan phytonutrients seperti Vitamin C dan Carotenoids boleh melindungi anak-anak daripada penyakit kronik seperti kanser dan jantung.

Paling kurang 5 kali hidangan sayur dan buah untuk anak anda setiap hari. 5 kali, boleh ke? Hanya setiap hidangan 2 sudu kecil untuk bayi dan 1 cawan untuk anak-anak yang lebih besar. Ha, sikit je kan untuk setiap kali hidangan?

 

#2     TIDUR MESTI CUKUP

Orang dewasa yang tidak cukup waktu tidur mudah terdedah kepada penyakit akibat kekurangan sel-sel pelindung semulajadi dalam badan. Sama keadaan dengan kanak-kanak.

Anak-anak yang tinggal di rumah penjagaan harian amat berisiko untuk kurang tidur kerana suasana riuh dan pelbagai aktiviti yang tidak memungkinkan mereka untuk tidur. Dr. Kathi Kemper, direktor Center for The Holistic Pediatric Education and Research at Children’s Hospital, Boston memberikan solusi, “Jika anak-anak anda tidak boleh atau tidak mahu tidur di siang hari, usahakan mereka untuk tidur awal di malam hari.”

 

#3     SUSU BADAN SUMBER TERBAIK

American Academy of Pediatrics mengesyorkan ibu-ibu perlu menyusus bayi untuk tempoh setahun. Jika tidak berkemampuan, tetapkan matlamat MESTI menyusukan bayi sekurang-kurangnya 2-3 bulan sebagai kesinambungan sistem imun bayi yang diterima dari utero semasa dalam Rahim ibu.

Menurut Dr. Shubin, Colostrum iaitu cecair warna kuning yang terdapat dalam premilk yang mengalir pada hari-hari pertama kelahiran amat kaya dengan antibodi melawan penyakit.

 

#4     IBU BAPA YANG MEROKOK SILA BERTAUBAT

Anak-anak lebih terdedah kepada kesan bahaya asap rokok kerana anak-anak bernafas dengan kadar yang LEBIH CEPAT berbanding orang dewasa. Tambahan lagi, sistem pembuangan toksik (detoxification system) semulajadi anak-anak kurang maju berbanding orang dewasa.

Sekiranya anda atau pasangan anda merokok, sila bertaubat! Asap rokok mengandungi lebih 4000 jenis toksin yang kebanyakannya boleh mengganggu atau membunuh sel-sel dalam badan (Beverly Kingsley Ph.D, ahli epidemiologi, Smoking and Health di Centers for Disease Control and Prevention, Atlanta)

 

#5     ZERO COST DENGAN JAGA KEBERSIHAN

Secara teknikalnya menjaga kebersihan tidak merangsang peningkatan sistem imun badan anak-anak tetapi ia adalah teknik terbaik menangani stress pada kekebalan sistem imun anak-anak. Pastikan anak-anak membasuh tangan dengan AIR & SABUN.

Untuk mudahkan kerja ibu-ibu menyuruh anak-anak ikut tabiat membasuh tangan di  rumah, biarkan mereka memilih tuala tangan dan sabun mengikut bentuk, warna dan aroma yang mereka gemar.

 

#6      ELAK INTER FRAME TUGAS DOKTOR

Tiada manfaat memaksa doktor atau pakar pediatrik menulis preskripsi untuk antibiotik apabila anak anda mendapat demam, selesema atau sakit tekak. Tahukah anda, antibiotik untuk merawat penyakit yang disebabkan bakteria? Menurut seorang prof. pediatrik dan kesihatan awam di Boston School of Medcine, Howard Bauchner, M.D menjelaskan, “Majoriti penyakit kanak-kanak adalah disebabkan virus”.

Biarkan Real Doctor buat kerja dan kawal perasaan mahu bertindak sebagai Doktor Google. Peace!

 

Sumber: Parents.com

=======================================================================

Semua isi kandungan artikel termasuk nasihat doktor dan professional kesihatan yang lain harus dipertimbangkan sebagai pendapat sahaja. Sentiasa dapatkan terus nasihat doktor anda berkaitan dengan apa-apa pertanyaan atau isu yang berkaitan dengan kesihatan anda sendiri atau orang lain.

anaedar_azalee
About anaedar_azalee
6 CARA MUDAH, MURAH & MUJARAB TINGKAT SISTEM IMUN ANAK KITA