by Qaseh2u Azalee

Virus yang sama menyebabkan hidung tersumbat boleh juga menjangkiti kawasan badan yang lain atau melemahkan sistem imun anak anda dan membuka ruang untuk kemungkinan jangkitan bakteria sekunder. – Sharlene K. Johnson

 

Virus selesema akan menyebabkan beberapa komplilasi. Bermula dengan selesema kemudian akan menjangkiti beberapa bahagian dalam badan. Antaranya:

#1     TELINGA

Kanak-kanak yang dapat selesema sering cakap telinga sakit. Ini tidaklah semestinya tanda isyarat bahawa telinga anak dapat jangkitan. Ini disebabkan bahagian dalam telinga mungkin membuat lebih banyak cecair seperti hingus dalam hidung dan menyebabkan anak sebenarnya mungkin rasa tekanan dalam telinga. Bayi anda mungkin akan mula merengek, tarik telinga dan kemungkinan akan demam juga.

Tindakan perubatan:

Jumpa doktor jika anak anda semakin tidak selesa TERUTAMA anak yang pernah alami jangkitan di telinga sebelum ini. Paediatrik juga boleh mencadangan Anesthetic Eardrop untuk anak anda.

Tindakan di rumah:

Tekap lembut telinga anak dengan sesuatu yang suhu suam sangat membantu anak-anak untuk bertenang.

 

#2     MATA

Pinkeye dan Conjunctivitis ialah keradangan pada membran yang melindungi mata. Selalunya ia disebabkan oleh virus selesema tetapi boleh jadi disebabkan oleh jangkitan bakteria. Mata anak mungkin akan berair lebih daripada normal dan berkerak di waktu pagi.

Tindakan perubatan:

Periksa dengan doktor anda. Perlu bertindak segera jika anda dapati tanda-tanda jangkitan pada anak-anak di bawah umur 2 tahun atau alami bengkak, sakit, pergerakkan mata yang terhad atau perubahan dalam penglihatan.

Tindakan di rumah:

Jika kelopak mata anak melekat, lap dengan lembut dengan kain kasa atau putik kapas dan air suam.

 

#3     TEKAK

Virus selesema boleh menyebabkan tekak sakit manakala strep throat pula disebabkan oleh bakteria. Selalunya bila sakit tekak akan disusuli dengan demam, saluran hidung tersumbat, susah menelan, tompok merah dan putih di kerongkong tekak dan juga tonsil dan kelenjar bengkak.

Tindakan perubatan:

Perlu berjumpa dengan doktor apabila anak mendapat sakit tekak terutama anak yang sudah menunjukan tanda-tanda sukar menelan. Jika keputusan ujian adalah positif akan disaran oleh doktor untuk ambil antibiotik.

Tindakan di rumah:

Legakan sakit dan kering tekak dengan minuman suam atau cecair sejuk, ais krim atau lolipop yang boleh membantu pengeluaran air liur.

 

#4     DADA

Jangkitan paru-paru yang serius seperti pneumonia dan bronkitis boleh disebabkan oleh virus selesema atau bakteria. Gejala-gejalanya termasuklah batuk yang tidak terkawal, bernafas dengan cepat, pernafasan berbunyi wheezing, menggigil, hilang selera makan, muntah dan sakit dada.

Tindakan perubatan:

Perlu berjumpa dengan pakar paedratik dengan segera. Doktor akan memberi antibiotik jika anak anda disyaki mempunyai jangkitan bakteria.

Tindakan di rumah:

Pastikan anak anda mendapat banyak rehat dan perlu minum banyak cecair.

 

#5     SINUS

Bacterial sinusitis jarang berlaku pada kanak-kanak. Simptomnya seperti selesema anak tidak menunjukkan perubahan untuk sembuh dalam  2 minggu, demam, sakit kepala, sakit muka atau gigi.

Warna hingus tidak menunjukkan tahap serius selesema anak. Ia kerap berubah warna sama ada kuning atau hijau walaupun tiada jangkitan.

 

Sumber: Parents Magazine

=======================================================================

Semua isi kandungan artikel termasuk nasihat doktor dan professional kesihatan yang lain harus dipertimbangkan sebagai pendapat sahaja. Sentiasa dapatkan terus nasihat doktor anda berkaitan dengan apa-apa pertanyaan atau isu yang berkaitan dengan kesihatan anda sendiri atau orang lain.

anaedar_azalee
About anaedar_azalee
MULA DENGAN 1 JADI 5