by Qaseh2u Azalee

Banyak kelebihan kurma jika mahu kita bincangkan. Sinonimnya orang arab dengan kurma sehingga kita sangkakan ianya adalah Sunnah semata-mata. Yang sebenarnya pengamalan makan kurma telah lama diamalkan sebelum kurma menjadi makanan Sunnah. Tercatat dalam al-Quran kisah hubungan ibu Nabi Isa ‘alahissalam dengan kurma yang ketika itu mengandungkan Nabi Isa ‘alaihissalam.

 

Kurma telah menjadi makanan ruji di Timur Tengah dan Lembah Indus selama ribuan tahun. Telah dipercayai berasal daripada raq dan telah ditanam sejak zaman purba dari Mesopotamia ke Mesir prasejarah, mungkin seawal 4000 SM. (1)

Kini negara-negara seperti Arab Saudi, Mesir, Iran dan Iraq merupakan negara penghasil dan pengeksport kurma terbesar di dunia.
Rupa-rupanya, orang Arab makan buah Kurma bukan untuk suka-suka atau semata-mata Sunnah tapi kehebatan NUTRISI yang ada dalamnya. Mari kita lihat 5  manfaat buah KURMA ini yang menjadi bualan dan kajian seluruh dunia mengenai kelebihan buah kurma ini.

 

[1] MUDAHKAN PENGHADAMAN

Orang Malaysia sangat terkenal dengan masakan yang sedap dengan pelbagai rempah dan pedas yang sebenarnya boleh menyebabkan pedih hulu hati. Jika anda tidak pernah cuba atau beli Gaviscon Double Action (ubat reda pedih hulu hati + ketidakhadaman), cubalah kurma sebagai solusi kepada masalah pedih hulu hati dan kurma sangat terkenal sebagai julap (ubat sembelit) semulajadi. Jadi pastikan anda simpan stok kurma dirumah. Berbaloi, tau.

Resepi elak sembelit ada dengan buah kurma? Resepinya, rendam beberapa biji kurma di dalam air kemudian minum dan kunyah pada setiap hari, sistem penghadaman anda akan ‘berkelakuan sopan’.

FAKTA: Membandingkan antara kurma basah dan kurma kering yang manakah lebih baik adalah kurang tepat kerana masing-masing memberi manfaat kepada keperluan masing-masing.

Nak langsing & cergas perlu selesaikan masalah sembelit! Bagi yang mempunyai badan yang terlalu kurus dan ingin menambah berat badan, disarankan untuk mengambil kurma kering berbanding kurma basah kerana 100 gram kurma kering bersamaan 280 kalori. Bagi yang ingin menguruskan badan pula, disarankan mengambil kurma basah dengan 100 gram hanya mengandungi 145 kalori.

 

[2] KAYA PROTEIN

Kurma adalah sumber protein yang sangat membantu dalam mengekalkan kecergasan. Penggemar gimnasium disarankan mengambil beberapa biji kurma sebagai sebahagian rutin harian mereka. Kurma dikemaskan dengan karbohidrat termasuk fruktosa, sukrosa dan glukosa. Sangat membantu bagi mendapatkan tenaga segera. Inilah rahsia para atlet menjadikan kurma sebagai tenaga tambahan sebelum beraksi!

FAKTA: Jangka hayat kurma basah boleh tahan sehingga 9-10 bulan. Manakala kurma kering mempunyai jangka hayat sehingga 5 tahun jika disimpan dengan baik.

Kurma bukan untuk para atlet sahaja. Anak-anak yang bersekolah sangat memerlukan bekalan tenaga yang cukup untuk kekal cergas, jadi didiklah dan biasakan mereka dengan kurma. Kurma bekalan tenaga yang terbaik di atas bumi untuk diambil manusia.

 

[3] RENDAH KOLESTROL

Jika tercari-cari apakah snek terbaik yang boleh merendahkan kolesterol tanpa membahayakan kesihatan, jawapannya ada pada buah kurma yang terkenal bebas kolesterol dan rendah kandungan lemak. Memasukkan kurma dalam diet harian membantu dalam penurunan berat badan.

FAKTA: Kurma menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan membersihkan ruang saluran darah daripada kolesterol.

Bagaimana ia berfungsi?

Apabila kita menjadikan kurma sebagai diet harian, kita sebenarnya telah mengambil kandungan serat larut dan tidak larut yang terkandung secara semulajadi dalam kurma sangat membantu dalam mengurangkan kolesterol secara semulajadi.

 

[4] PELBAGAI VITAMIN

Buah Kurma mengandungi vitamin-vitamin seperti B1, B2, B3 dan B5 serta A1 dan C. Bagi yang ingin rambut cantik, apa yang diperlukan adalah Vitamin B5. Vitamin B5 membantu menguatkan akar rambut pada kulit kepala dan menyuburkan rambut dari akar hingga hujung rambut. Wow, kan?

FAKTA: Bagi yang mempunyai Anemia, jadikan kurma dalam diet harian untuk meningkatkan hemoglobin dengan kelebihan zat besi dalam kurma.

Vitamin B5 dan asid amino dalam kurma membantu melawan radikal bebas dalam badan dan dengan kelenbihan tersebut membaiki dan arteri dan sel-sel saraf yang rosak.

 

[5] KUATKAN KESIHATAN TULANG

Kurma kaya dengan selenium, manganese, copper dan magnesium yang sangat diperlukan tulang kita untuk sihat dah mencegah keadaan seperti Osteoporasis.

Kurma menggalakkan kesihatan kardiovaskular dengan membersihkan ruang saluran darah daripada kolesterol.

Dengan aktiviti perdagangan eksport dan import, seluruh dunia dapat menikmati kelebihan kurma di mana-mana sahaja dan dengan pelbagai masakan yang bahan utamanya adalah kurma!

 

Rujukan: Draxe.comBoldsky.comIndiatimes.com, foodndtv.com,

 

 

anaedar_azalee
About anaedar_azalee
ORANG ARAB MAKAN KURMA BUKAN UNTUK SUKA-SUKA ATAU IKUT SUNNAH SEMATA-MATA