by Qaseh2u Azalee

Kesihatan dan sihat berkaitan dengan hubungan antara anda dan tubuh badan anda.

 

Tabiat makan untuk kenyang boleh membawa maksud makan apa sahaja asalkan kenyang. Jika itu dalam kamus hidup anda maka ia adalah SALAH!

Kunci makanan yang sihat adalah untuk menikmati pelbagai jenis makanan berkhasiat dari setiap 5 kumpulan makanan. Badan kita ini umpama sebuah kereta bukan sahaja perlu dibasuh (kalau badan perlu mandi), perlu diservis juga dan dijaga setiap hari kalau nak pakai lama.

Ha, begitu juga badan, kalau esok nak tengok anak kahwin dalam keadaan sihat dan nak bermain dengan cucu-cucu, perlu tahu dan amalkan makanan apa yang badan perlukan setiap hari. Jadi, jika anda makan pelbagai makanan dari setiap kumpulan ini, tubuh anda akan menerima semua nutrien dan vitamin yang perlu berfungsi. Lima kumpulan makanan adalah:

 

#1     TENUSU

Makanan dalam kumpulan ini adalah sumber kalsium yang sangat baik. Sangat penting untuk menjadikan tulang supaya kuat dan sihat. Tidak banyak makanan lain dalam diet kita mengandungi banyak kalsium berbanding makanan daripada tenusu.

 
#2     BUAH

Buah-buahan mengandungi vitamin, mineral, serat makanan dan banyak phytonutrients (nutrien secara semulajadi hadir dalam tumbuh-tumbuhan) yang menjadikan tubuh badan anda sentiasa sihat.

 

#3     PROTEIN

Protein seperti daging, ayam, ikan, telur, tauhu, kekacang dan biji-bijian  digunakan badan kita untuk membuat bahan kimia khusus seperti hemoglobin dan adrenalin. Protein juga membina, mengekalkan, dan memperbaiki tisu-tisu di dalam badan kita. Otot dan organ (seperti jantung anda) diperbuat daripada protein.

 
#4     SAYUR-SAYURAN & KEKACANG

Sayur-sayuran perlu membuat sebahagian besar pengambilan makanan harian anda dan digalakkan pada setiap hidangan (termasuk masa makanan ringan). Sayur-sayuran mengandungi vitamin, mineral, serat makanan dan phytonutrients untuk membantu tubuh anda tetap sihat.

 

#5     BIJIRIN

Jenis roti wholegrain, bijirin, nasi, pasta, mi, dan lain-lain adalah pilihan yang terbaik. Produk bijirin yang refined (seperti kek atau biskut) boleh menyebabkan penambahan gula, lemak dan sodium dalam badan.

 

Sumber: healthy-kids.com.au

anaedar_azalee
About anaedar_azalee
5 KUMPULAN MAKANAN YANG MESTI ANDA AMBIL SETIAP HARI