by Qaseh2u Azalee

MSG telah digunakan sebagai makanan tambahan selama beberapa dekad. Selama bertahun-tahun, The Food and Drug Administration (FDA telah menerima banyak laporan mengenai reaksi buruk terhadap makanan yang mengandungi MSG. – Katherine Zeratsky, R.D., L.D.

 

Saya tidak tahu jika ada pakar kesihatan yang sanggup menyokong syor seperti di dalam artikel oleh Sinar Harian bertarikh 23 September 2017 (klik untuk rujuk). Saya anggap ia langkah berani mempromosi satu aditif makanan yang amat kontroversi iaitu MSG (Ajinomoto).

Banyak sebenarnya kajian berkenaan keselamatan pengambilan MSG ini. Antara yang dikaji ialah:

Monosodium Glutamate (MSG)

  • Kesan menambah berat badan (obesogenik)
  • Kesan terhadap “hormon kelaparan” iaitu leptin
  • Kesan rintangan insulin. (Kestabilan gula darah)
  •  Keradangan, stres dan kerosakan organ hati dan buah pinggang.
  • Kesan toksik pada saraf.
  • Gangguan pada hormon.
  • Kecederaan salur darah dan kolesterol jahat.

Antara penyakit yang dikaitkan dengan berlebihan MSG ialah:

[1] Penyakit degenerasi saraf: ALS, Parkinson’s disease, Alzheimer’s disease, Huntington’s disease, and olivopontocerebellar degeneration.
[2] Migrain
[3] Sawan
[4] Perkembangan saraf abnormal
[5] Strok
[6] Ketumbuhan otak
[7] Autism, ADHD
[8] Multiple sclerosis
[9] Kemurungan,schizophrenia dan masalah kesihatan mental lain.
[10] Mencetus asma, gegata dan alahan lainnya.

Butiran kristal MSG

Keputusan kajian adalah bercampur negatif dan positifnya namun MSG yang diberi status Generally Recognized as Safe (GRAS) ini dianggap selamat jika diambil tidak melebihi 5gram sehari.

FDA menerima laporan mengenai “Simtom MSG Kompleks” pada tahun 1995 bagi menggambarkan tanda-tanda yang dialami mereka yang mendapat reaksi pengambilan MSG. Antaranya:
[1] “Panas” bahagian tengku, lengan dan dada
[2] Tekanan dan tegang bahagian wajah.
[3] Sakit dada
[4] Sakit kepala
[5] Loya
[6] Kebas dan lemah tangan dan bahagian atas badan.
[7] Rasa berdebar-debar
[8] Kbeas bahagian leher, tangan dan belakang badan.
[9] Paru-paru menyempit ( bronchospasm) bagi orang asma.
[10] Pening.

 

MSG dipatenkan oleh seorang professor biokimia Kikunae Ikeda pada tahun 1908. Ia merupakan ekstrak asid glutamik daripada rumpai laut kombu yang apabila di dalam bentuk garam iaitu Monosodium Glutamate meningkatkan persepsi rasa pada lidah. Rasa ini dipanggil UMAMI dan dianggap deria ke-5 selain manis, masam, masin, dan pahit. Rasa “sedap” dan “berperisa” ini sebenarnya terhasil daripada ransangan saraf deria pada lidah.

Ransangan inilah yang menjadi isu utama perbincangan hangat keselamatan MSG oleh beratus- ratus kajian saintifik sejak MSG dicipta. Glutamate iaitu bahan aktif di dalam MSG merupakan EXCITOTOXIN iaitu bahan peransang saraf.

Suka makan jajan? Dalam jajan ada MSG!

Bahan peransang saraf glutamate ini lah yang meningkatkan deria rasa pada lidah. Bahan peransang saraf ini meransang saraf sehingga saraf mati sendiri secara automatik (apoptosis) jika berlebihan ransangan.

Umpama saraf kita jadi sawan sampai mati!

Glutamate berlebihan meningkatkan aktiviti saraf menyebabkan mereka yang sensitif pada glutamate ini berkemungkinan menjadi hiperaktif, tidak keruan dan sakit kepala kerana tisu otak menjadi bengkak. Peningkatan aktiviti saraf terutamanya di reseptor NMDA banyak dilihat di dalam pesakit seperti autism, ADHD, kemurungan dan epilepsi (sawan).

Di dalam buku Excitotoxin, The Taste That Kills, oleh Dr. Russel Blaylock yang merupakan seorang pakar neurosurgery (bedah otak) menjelaskan risiko pengambilan MSG yang merupakan salah satu excitotoxin secara terperinci.

Glutamate boleh dihasilkan badan sendiri, maka ia dianggap sebagai amino asid non-essential. Maknanya tidak diperlukan dalam pemakanan. Walaupun boleh dijumpai dalam pelbagai makanan semulajadi seperti ubi, tomato, makanan laut dan biasanya di dalam bentuk L-glutamate sahaja. Proses penapaian (fermentation) dan pencemaran menyebabkan terhasilnya D- glutamate yang dijumpai dalam kuantiti signifikan juga di dalam MSG.

D- GLUTAMATE

Mengganggu fungsi redox dan detoksifikasi badan. Ia merupakan penghalang utama penghasilan GLUTATHION yang merupakan antioksida utama yang sangat penting untuk proses detoksifikasi dan mengurangkan stres dalaman.

L-GLUTAMATE

Walaupun lebih selamat dan wujud secara semulajadi juga menimbulkan kerisauan jika diambil berlebihan oleh kerana khuatirnya ransangan berlebihan. Bukan semua bahan semulajadi ini bagus tau untuk semua orang apatah lagi jika diambil secara berlebihan. Bahkan mereka yang alah dan sensitif akan mendapat reaksi dengan hanya sedikit sahaja kuantiti MSG di dalam makanan.

Saya kurang mengerti rasional menggunakan MSG atau ajinamoto menggantikan garam kerana pada pendapat peribadi saya, keduanya mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan terutamanya buat jangka masa panjang.

MSG mempunyai kesan KETAGIHAN yang boleh menimbulkan masalah jika diambil secara berterusan. Kesan “seronok dan sedap” menjadi berkurangan dan lebih banyak MSG diperlukan untuk mencapai kesedapan yang memuaskan si penagih. Cukuplah dengan masyarakat kita yang ramai tidak keruan, cepat sentap, resah,gelisah dan kemurungan dan hiperaktif. Sudahlah alah histamin, alah glutamate juga sangat berleluasa.

Alahan dan makanan zaman moden. menjadi punca kerosakan sistem pencernaan. Kerosakan ini mencetus pelbagai alahan yang lain dan juga penyakit kronik yang semakin berleluasa dewasa ini. Sertai group ekzema (klik untuk join) dan alahan untuk maklumat lanjut.

Alah MSG ialah satu hakikat walaupun hanya bukti anekdotal. Kajian pada tahun 70an menganggarkan kira-kira 25 peratus masyarakat US mengalami alahan pada MSG dan jumlah ini dijangka jauh lebih tinggi di zaman masakini di Malaysia kini. Perhatikan saja resepi makanan. Keropok, kuah satey, sos, sup, kuih muih kebanyakannya menggunakan MSG untuk menambahkan perisa sesuatu masakan supaya jimat bahan berperisa di dalamnya dan menimbulkan ketagihan terhadap makanan itu.

Garam sudah tentu lebih sihat berbanding MSG yang tidak mempunyai nilai kesihatan. Pilihlah garam berkhasiat seperti garam pink (Himalayan) ataupun garam laut asli yang mempunyai profil nutrisi yang sudah tentu lebih baik berbanding garam biasa yang majoriti terdiri daripada hanya mineral sodium klorida.

Garam Himalayan

Malah MSG bukan satu keperluan tapi kehendak yang didorong oleh nafsu yang mahukan makanan lebih sedap. Hawa nafsu terhadap makanan ini lah yang melemahkan jiwa dan mental masyarakat zaman moden. Kelemahan ini dipergunakan oleh industri pemakanan bagi menghasilkan “penawar” kepada ketagihan iaitu lebih banyak MSG dan gula mengubati jiwa yang kerinduan bahan peransang saraf @excitotoxin ini..

Saya tidak percaya mereka prihatin kesihatan kita. Halal haram pun ke laut. Sejarah hitam tahun 2001 (klik untuk rujuk) mencalar kewibawaan Ajinomoto apabila menggunakan medium bakteria bactosytone daripada khinzir kerana MOTIF EKONOMI.

Tujuan artikel ini bukanlah untuk menjatuhkan haram kepada penggunaan MSG tetapi hanya untuk menimbulkan kesedaran tentang kemungkinan bahaya bahan tidak fitrah digunakan secara berlebihan dan berleluasa. Sikit-sikit lama-lama jadi sakit.

Bendung nafsu demi kesejahteraan jiwa dan raga. Sayangi keluarga kita dan kenalan. Janganlah kita mengikuti langkah syaitan secara perlahan-lahan tanpa kita sedari menjadikan yang hodoh itu cantik di mata kita serta menjadikan kita gelisah dan tidak keruan itu mainan syaitan yang mana tangan-tangan kitalah yang membuka pintu masuk syaitan (klik untuk tonton) menguasai pemikiran kita.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada kerosakan disebabkan tangan kita sendiri..
Wallahua’lam..

 

 

Ikuti Hafiz Sulaiman
-Pengamal Perubatan, Nutrisi Functional-

anaedar_azalee
About anaedar_azalee
AJINOMOTO GANTI GARAM! BIAR BETUL??