by Qaseh2u Azalee

Kesihatan Sistem Imun diperlukan untuk melindungi tubuh anda dari kuman dan penyakit. Sistem Imun penting sebagai pertahanan pertama badan. Sistem imun membantu melindungi anda daripada bakteria, virus dan kulat yang menyebabkan penyakit.

 

Sistem imun kanak-kanak berfungsi sama dengan orang dewasa. Bezanya, sistem imun kanak-kanak mengambil masa untuk mengenal pasti virus atau bakteria apa yang menyerang tubuh badan kanak-kanak.

Selain mengambil makanan berkhasiat, sistem imun kanak-kanak boleh dibangunkan secara semulajadi. PERCUMA!

Bagaimana?

Jom kita lihat bagaimana untuk tingkatkan sistem imunisasi anak-anak. Anak Sihat Anak Hebat!

.

.

Mencuci tangan dengan kerap membantu untuk mengurangkan jumlah pepijat, kotoran dan bakteria selepas bermain atau bilik darjah di sekolah.

Kajian University Colorado mendapati pelajar-pelajar yang kerap membasuh tangan akan kurang dijangkitan virus selesema dan demam.

.

.


Alam semulajadi adalah ubat yang terbaik malah PERCUMA. Aktiviti di luar rumah sangat baik dan terbaik untuk merangsang sistem imun.

Bantu sistem imun anak anda melawan penyakit dengan UDARA SEGAR melalui sel darah putih yang lebih sihat. Udara segar membekalkan sistem imun anak anda dengan oksigen yang mencukupi untuk membunuh, dan memusnahkan bakteria, virus serta kuman.

.

.

Kajian menunjukkan GULA MENYEKAT FUNGSI IMUN. Amaran, tiada nutrisi dalam gula!

Makan atau minum terlalu banyak gula menghalang sel sistem imun yang menyerang bakteria. Kesan ini berlangsung paling kurang beberapa jam selepas minum beberapa minuman manis.

Makan lebih banyak buah-buahan dan sayuran, yang kaya dengan nutrien seperti vitamin C dan E dan juga beta-karoten dan zink. Anak-anak yang sedang membesar adalah waktu terbaik membiasakan mereka dengan makanan dan minuman kurang gula.

.

.


Persekitaran yang sihat di rumah sangat penting bagi anak-anak.

Merokok bukan sahaja berbahaya kepada perokok, ia juga menyebabkan kerosakan kepada orang-orang tersayang disekeliling.

ASAP ROKOK membunuh dan mengganggu sel-sel penting anak-anak dan menyebabkan SISTEM IMUN semulajadi anak-anak TIDAK MAJU.

.

.


Bukan mudah untuk membuatkan anak-anak untuk tidur awal di waktu malam. Anak-kanak yang sedang membesar menjadi satu kemestian mesti tidur awal terutama mereka yang mempunyai hari persekolahan pada keesokan hari.

Pentingkah tidur malam awal? Ya, tidur merupakan salah satu cara untuk badan terus kekal sihat. Kanak-kanak memerlukan minumum 10 jam waktu tidur di waktu malam. Sudah tentu, jauhkan mereka dari gangguan komputer, telefon pintar dan tablet!

.

.

(Kalau gajet pun kita berusaha pasang software Anti-virus dan perlu update dari semasa ke semasa, begitu juga tubuh badan kita memerlukan Sistem Imun (anti-virus) perlu update dengan makan makanan yang dapat meningkatkan Sistem Imun!)

anaedar_azalee
About anaedar_azalee
RANGSANG SISTEM IMUN TANPA KELUARKAN SATU SEN