by Qaseh2u Azalee

Kismis sangat popular dengan semua lapisan usia dan pelbagai guna di dapur. Kismis kumpulan pemakanan harian hebat merangkumi sumber tenaga, vitamin, mineral dan elektrolit. – Dr.Axe

 

5 Manfaat Kismis Yang Mesti Dijadikan Snek Harian

Sering diberitahu apabila berlaku kerosakan gigi maka solusinya gigi perlu digerudi dan dimasukkan bahan sintetik sebagai rawatan. Proses yang menyakitkan, setuju?

Ada solusi yang tidak menyakitkan tetapi hanya perlu RAJIN dan dijadikan AMALAN iaitu kismis dijadikan snek harian. Perkara yang sangat menakjubkan adalah kismis sebenarnya boleh meningkatkan kesihatan mulut. Walaupun manis, kismis adalah salah satu cara terbaik untuk menyembuhkan gigi sakit akibat cavities dan tooth decay (gigi berlubang) secara semula jadi.

Tambahan lagi, penyelidikan yang diterbitkan dalam Phytochemistry Letters mendedahkan bahawa kismis boleh memberi manfaat kesihatan mulut kerana kismis mempunyai antimicrobial phytochemicals yang menghalang pertumbuhan bakteria mulut yang dikaitkan dengan rongga gigi dan penyakit gusi. Ini berita baik!

.

.

Sembelit adalah nightmare bagi ibu bapa apabila anak-anak mengerang dan menangis akibat susah buang air besar. Kismis salah satu makanan tinggi serat menjadikan kismis bantuan pencernaan yang sangat baik.

Kismis mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut, yang kedua-dua membantu menjaga hal-hal yang bergerak melalui saluran usus melalui cara yang sihat dengan mengurangkan sembelit.

Walaupun kismis dalam kategori buah-buahan kering yang mempunyai lebih banyak kalori daripada anggur segar tetapi jika kita fokus pada serat Kismis adalah PEMENANG! Sebagai contoh, satu cawan anggur mempunyai 1g serat manakala satu cawan kismis mempunyai 7g serat.

.

.

Data yang dikemukakan di American College of Cardiology’s 61st Annual Scientific Session pada tahun 2012 mmencadangkan individu yang mengalami peningkatan tekanan darah yang sederhana dapat memanfaatkan kelebihan Kismis dalam rutin harian mereka (3 kali sehari). Para penyelidik mendapati kismis dalam diet harian ini dapat menurunkan tekanan darah dengan ketara.

Di samping itu, kismis yang kaya dengan electrolyte potassium untuk kesihatan jantung. Potassium adalah mineral penting untuk fungsi sel, tisu dan organ penting dalam tubuh manusia. Orang yang mengambil banyak potassium dalam diet mereka mempunyai risiko strok yang lebih rendah, terutamanya ischemic stroke.

.

.

Penyelidikan menyokong kismis dijadikan pilihan snek yang sihat untuk pesakit diabetes jenis II. Apabila anda makan kismis, kandungan serat dalam kismis membantu tubuh anda memproses gula dalam kismis secara semulajadi dan mampu mengurus diabetis secara semulajadi.

.

.

Kajian menunjukkan bahawa buah-buahan kering terutamanya kurma, prun dan kismis, mengandungi komponen tinggi phenolic yang mempunyai kuasa Antioksida yang lebih kuat berbanding dengan buah-buahan segar.

Antioksidan sangat penting untuk kesihatan kita kerana Antioksidan menghalang radikal bebas daripada menyebabkan kerosakan sel di dalam badan kita. Oleh itu makanan yang Antioksidan tinggi seperti kismis adalah rawatan kanser semulajadi yang hebat. Dengan memasukkan kismis dalam diet anda, bukan sahaja anda boleh meningkatkan tahap Antioksidan tetapi boleh mengurangkan kerosakan sel dan menangkis kanser.

.

.

Kesimpulannya, gula-gula sedap dan kismis pun sedap. Bezanya gula-gula pemanis yang tiada manfaat nutrisi manakala KISMIS pemanis yang TINGGI NUTRISI. Pilihan di tangan anda!

.

.

Rujukan: Dr.Axe

anaedar_azalee
About anaedar_azalee
INILAH JAWAPAN KENAPA MESTI JADIKAN KISMIS SNEK HARIAN